Sunday 11 September 2011

PERGI BERAYA !

Mula-mula g amik yana . Lepas tu, g rumah Mai . Tengok-tengok tak ade ! --' Lepas tu call Mai . Dia kata dia ada kat rumah aku . Apa seyh ! Apa lagi suruh mak Mai amik kiterang laa...

Lepas ue, kereta Qilla pulak tak ade . Rupanya mak dia pening sebab pusing sana pusing sini bawa kereta . hahaha~

Mula-mula sekali g rumah Ain . Selepas beberapa minit kemudian, ada satu peristiwa berlaku . Di mana aku dan Aqilla keluar dari rumah Ain mengejar sesorang yang kami sangat sayangi dan tidak mahu kehilangan dia . Kami bergegas mengejarnya dalam keadaan hujan yang amat lebat . Tetapi apa kan daya, kami tidak dapat menemuinya . Kami berjalan kaki ke rumah Ain semula dengan keadaan yang basah kuyup dengan rasa hampa .

Setibanya di rumah Ain, aku dan Qilla tanpa segan dan silu, mengambil mee goreng yang   tersedia atas meja . Kami berasa sungguh penat dan lapar ! Tapi tidak mengapa . Aku tak kesah . Sebab aku sayang sangat dengan orang yang aku kejar itu . 

lepas itu, nak pergi beraya ke rumah Qilla pula . Ade dua trip nak pergi . hahaha~ First trip Qilla, Elis, Sharina, Nadia . Second trip aku, Mai, Ziqa, Dayah and Ain . Best raya kat rumah Qilla sebab mihun goreng dia SEDAP GILA ! ((: Pas tu macam biasa la g setiap rumah amik gambar . hahaha~ Lepas tu, kiterang ade cilok gula-gula . Takde la banyak sangat . hehehehe~

Lepas tu nak g rumah Nadia . Part nie yang paling aku suke ! :D Korang tahu tak camne kiterang semua nak pergi ? Kiterang semua (sembilan orang) naik kereta ferari Qilla . Pergh ! Cuba korang bayangkan ! :D Kelakar gila ! Kiterang dalam kereta semua tutup muka sebab malu . hahaha~ Ziqa ngan Qilla dok depan . Aku, Mai, Dayah, Nadia, Ain, Elis ngan Sharina semua dok belakang ! Hebat tak ? Mestila hebat ! hahaha~ Panas plak tu ! Pergh ! Jalan pulak jam masa tu ! GILLO !!!

Sebaik sahaja sampai di rumah Nadia, memang dinanti-nantikan . hahaha~ Kami keluar cepat-cepat oleh sebab tak tahan dok dalam kereta tu . Fiuhh ! Masuk je rumah Nadia, tak terkata . Sebab cantik sangat rumah dia . Lepas tu, aku makan kuih cornflakes yang abang nadia (idin) buat . Walaweyh ! Patut rasa lain . hahaha~ Tapi takde la teruk mana . Then, kiterang naik atas g bilik Nadia . hahaha~ Cantik bilik dia . (:  Pas tu turun nak minum . Habis je minum, pergi raya kat Sagu pulak . Naik van ayah Nadia . Walaweyh ! Selesa beb ! :D

Sampai Sagu, g tempat top up dulu . Pas tu g rumah  Dayah . Makan mee gorang ngan air sasi (: Lepas g rumah Dayah, nak g rumah Zul pulak . haiyyo ! Sampai rumah Zul kecoh seyh ! Zul dah makin tinggi . Suara pon da lain . Biasa la, dah lama tak jumpa . huhu~ Ziqa ape lagi, buli Dayah la kat rumah Zul . Kesian Dayah . hahaha~ Kelakar betul  :DD

Lepas tu, nak g rumah Mai, tapi sedara dia pulak yang datang . g rumah Hairatul la dulu sementara nak menunggu sedara Mai balik . Rambut Hairatul makin panjang . Cantik !

Pas tu, g rumah Mai . Dierang semua terus pergi kat Farha kecuali aku . hahaha~ Sebab aku tak geti layan budak kecik . huhu~ Pas tu makan . Oleh sebab aku kenyang, aku berkongsi makan mee rebus dengan Qilla isteri aku . hahaha~

Dah tu, kiterang semua nak balik . Kiterang saling berpelukan dan bersalaman  kerana mungkin lepas ini tak dapat berjumpa lagi .

Aku balik, tumpang Ain . Tapi aku, Ain, Nadia and Sharina berjalan kaki  pergi ke masjid kerana ayah Ain akan mengambil kami di situ . Jam sudah menunjukkan pukul 7 . Dan azan berkumandang di sekitar kawasan Sagu menandakan waktu Maghrib . Beberapa minit selepas itu, ayah Ain sampai . Dan terus menghantar aku pulang ke rumah .

Apabila aku melangkahkan kaki untuk masuk ke bilik, mak dan ayah panggil aku . Bertanya berapa duit raya dapat ? Dan mereka mengambil duit rayaku lalu mengiran dan mengambil beberapa ratus kerana mahu menyimpan duit tersebut ke akaun Tabung Haji . ((:

Sungguh penat ! Tapi sunggu menggembirakan ! (:

Terima kasih kerana sudi baca post ini :)

3 comments:

Ain Amira Mohd Faudzi said...

:') rindu doee

Adriana said...

HAHA! me too <3 ;)

Wardah alisya said...

tag u here

http://wardahalisya.blogspot.com/2011/09/segmen-xx-tra-followers.html