Tuesday 11 December 2012

PUTUS ASA

Assalamualaikum ? Okey, semua orang mesti pernah putus asa kan ? Putus asa sebab result kurang memuaskan ? Rasa terhina ? Rasa malang ? Dan macam-macam lagi. Rai selalu mengalaminya. 

Kalau korang pernah mengalaminya, apa yang korang buat ? Biarkan je ke ? Tak kan la ? 



ahah.. Bila Rai rasa down, ini la yang terjadi. Macam orang tak betul.



Nampak gambar tu ? Teruk kan gambar tu ? Bila ada orang kutuk Rai cakap itu ini, result pon cukup makan je dan sebagainya biasanya Rai akan fikirkan semua tu sebelum Rai tidur. Rai fikir kenapa semua tu terjadi dekat Rai. Memang ada rasa nak bunuh diri. Tapi Rai masih boleh fikir. Tak kan sebab orang kutuk nak bunuh diri ? Result pon ala kadar je. Tak kan sebab tu nak bunuh diri kan ? Apa yang Rai buat ialah Rai akan menagis dan menangis sekuat hati. Lepas tu Rai akan bangun dan beristighfar. Positifkan diri. Kemudian Rai akan ambil wuduk untuk tenangkan diri dan muhasabah diri. Dan Rai percaya bahawa setiap yang berlaku itu ada sebabnya :) Tapi Rai akan berdiam diri selepas itu tak macam biasa selalu kepoh. Rai berdiam diri sebab Rai berfikir dan cuba memaafkan orang tu walaupun dia tak minta maaf kat kita. Lagipun Rai hanya manusia biasa. Tak kan nak terus menerus berdendam dengan orang tu kan ? Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya, inikan pula kita yang hanya manusia biasa. Okey kalau result tak memuaskan pula, Rai akan cari apa kelemahan Rai dan kenapa dapat result yang tak gempak. Walaupun kita dah berusaha, tetapi result tak membanggakan tak mengapa. Mungkin tiada rezeki. Jangan putus asa. Sekali kita gagal, tak bermakna kita gagal selamanya kan ;) Jadi, janganlah kita berputus asa. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dan Insya-Allah kita akan dapat apa yang kita inginkan :)

Di sini ada lirik lagu AdaMu-Najwa Latiff. Mesti korang pernah dengar kan ? Kalau yang belum pernah dengar lagu ni hayati dan fahamilah maksud di sebalik lagu ini :) 


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan





Terima kasih kerana sudi baca post ini :)