Saturday 15 September 2012

PMR around the corner !

Assalamualaikum ? Well, dah lama tak update blog . Firstly, tak tahu nk post pasal apa . Kalau post pon macam lah ada orang nak buka blog ni kan ? hurm.. Hari ni rajin sikit nak menaip, walaupun takda orang yang nak baca . Nak kata aku syok sendiri ? Biarlah . Ni blog aku . hahaha~

Minggu lepas baru je habis gerak gempur gempak giler, BOM ! jatuh guling-guling, dpt result 8A ! memang  gempak ! okeyh, aku dah melalut . hahaha~ seminggu tu straight periksa ! pergh ! Aku ni bukan lah top student, hanya pelajar biasa je kot . Perkara biasa lah result dulu mesti lah tak gempak kan ? hurm.. Tapi aku besyukur . Sebab ada sedikit peningkatan (:

Macam-macam yang aku nak macam-macam aku nak jadi . Tapi result tak membanggakan pon . Aku ni kuat berangan jugak kot . hahaha~ Terlalu banyak pressure yang aku dapat bila PMR dah nak dekat -,- Tipu lah kalau aku tak berdebor-debor sekarang nih ! Aku tak tahu nak study apa sebab terlalu banyak bagi aku ! Ini lah akibatnya kalau selalu main-main . hhhuuhhh.... Kalau lah  masa ni dapat berundur, aku akan study study and study dari awal tahun. Tapi sekarang dah terlambat . PMR tinggal 3 minggu lagi je weyh ! Belum tolak masa nak makan, tidur, mandi dan segala-galanya !

Aku harap aku dapat ubah hidup aku dalam saat-saat terakhir PMR nih . Aku akan usaha sungguh-sungguh ! Aku nak 8A ! weyh, siapa yang tak nak 8A ? Aku doakan kawan-kawan aku yang lain turut mendapat 8A bagi mengharumkan nama sekolah, ibu bapa, guru dan diri sendiri . Kepada yang Islam, buat lah solat taubat dan solat hajat . yang penting solat fardhu ! dan minta maaf dengan semua orang :) cehh.. aku cakap macm ni macam la aku baik sangat . hahaha~ sebagai manusia, hendaklah kita saling menasihati antara satu sama lain .

Berusahalah dengan bersungguh jika inginkan sesuatu . Percayalah, jika anda berusaha dengan bersungguh-sunggu pasti anda akan dapat apa yang anda inginkan :)

Assalamualaikum



Kepada kawan-kawan yang lain, jangan stress stress ! Be cool :) Don't worry, you will get straight A :)


Terima kasih kerana sudi baca post ini :)

No comments: