Friday 11 May 2012

Assalamualaikum...

Aku tahu aku dah lama tak post blog... Banyak kerja yang harus dibereskan dengan segera.. hehehe~

Minggu depan dah periksa pertengahan tahun... Nak tahu tak aku dah belajar sampai mana ? Aku tak study apa-apa langsung ! Tu jawapannya ! hahaahA~ oke tak lawak.. Aku tak tahu bila aku nak belajar..

Tukar topik pulak, masa hari Rabu lepas... Aku, Ziqa, Qila, Yana, kak Syaza, Ekin dengan kak Shahidatul, duduk kat library waktu petang... Aku buat kerja kursus Geo . Yana, Qila,Ziqa buat kerja seni . Tak lama tu, kak Syaza datang dengan kawannya . Kitorang sambung buat kerja.. lepas itu, Puan Intan pulak masuk... Apa lagi pindah ke belakang la ke meja kak Syaza...hahaha~  takut ckgu marah sebab tak siap seni... Beberapa lama kemudian, aku rasa panas kat dalam library... Oleh itu, aku ajak Ziqa keluar untuk menghirup udara yang segar di 'port' yang tertentu =D 

Masuk library balik... Ziqa bukak laptop kak Syaza.. Tengok gambar.. hahaha~ lepastu buat apa ntah.. Bila semua dah siap kerja, diorang pergi hantar buku ke meja guru . Kemudian kitorang pergi ke 'port' tadi... BEST ! Kacau budak petang... Yang klakarnya, Yana pergi jirus  air kat sapa entah.. Diorang marah.. Kecoh giler ! Aku pulak ejek nama bapak diorang  :D Tak lama tuh, seorang pengawas laki datang dengan membawa air mineral, lalu membalingkan air ke Ziqa, Qila.. Akhir sekali, Yana kena kejar dengan dia... hahaha~ Kitorang cari Yana dengan Ekin merata tempat.. Berjaya juga jumpa mereka...

Pas tu, pergi luar.. Pakcik Qila sampai.. Ziqa tumpang Qila.. Kitorang berdiri je kat bus stop depan.. Aku bosan, ajak Yana main hujan kat luar.. On the way keluar, aku pusing belakang aku nampak Ekin dan kak Syaza. Mak ooiii!!! Main hujan ar ! Main sepak air kat orang ! Best giler ! hahaha~ kitorang ada stop kat satu tempat, kat buai biru... Rumah sapa ntah... Kitorang main duduk je... Jahat kan kitorang ? Pas tu, lumba lari sebab kena kejar dengan Ekin.. penat !

Masuk sekolah balik.. Habis basah kuyop ! Yana, kak Syaza ngan Ekin g kantin kot.. Aku plak ajak Mai g mandi hujan kat luar.. Lalu di tempat yang sama macam aku g ngn Yana.. Last sekali  lumba lari ngan Mai sampai sekolah.. Aku yang menang ! hahaha~

Dah masuk sekolah, g kantin cari Yana.. Takde.. Aku namapak kak Syaza ngn kawan dia je.. Aku suruh Mai belanja.. Pastu, aku nampak Yana.. Mai dah nak balik kot... Aku g tempat diorang duduk.. Yana cakap, sebenarnya aku dah balik, tapi aku datang balik sebab takut nak masuk rumah.. sori Yana, aku tertaip *buat muka  kesian* . Ekin cakap dia nak temankan.. Oke

Dah nak pukul 5 petang, kak Syaza dan kawannya serta aku duduk di tempat cik guard selalu duduk... Bercerita itu dan ini.. Sementara menunggu kakak aku sampai.. Ekin ngan Yana dah keluar sekolah... Tak lama tuh, nampak diorang ke sekolah balik .Yana tolong hantar Ekin g sekolah.. hahaha~ Pastu kak Shahidatul cerita kat aku something.. Pastu aku balik...

Rasa seronok sangat hari tu... Kalau boleh nak main lagi... Kalau Ziqa ngan Qila ada lagi best... Sampai di sini sahaja cerita saya... Good luck kengkawan untuk periksa pertengahan nie (;

Assalamualaikum :)

Terima kasih kerana sudi baca post ini :)

No comments: