Thursday 1 December 2011

HARD WORK PAYS :)



Assalamualaikum :)
Nampak gambar kat atas tu ? Aku nak jadi salah seorang yang macam kat atas tu :)

Hari ni 1 Disember . Dan aku dah kena start buka buku form 1 and form 2 .
Aku dah tak boleh online selalu .
Kadang-kadang tu boleh la .
hurm . Aku kena belajar dan belajar .
No more Facebook, no more Myspace , 
no more blog , and no more internet .
Tapi kalau aku dah penat sangat asyik tengok buku tu, 
baru lah aku online :D

Semalam akak dah belikan aku buku latihan . Banyak !
Dalam RM40 lebih harga !
Aku rasa best sangat ! Baru bersemangat nak belajar :)
Kakak banyak ajar aku . Maksud aku banyak nasihat :D
Dan membuatkan aku nak nangis pon ada :DD 
Macam-macam dia cerita macam mana dulu dia belajar .
Solat wajib lima waktu :)
Jangan tinggal solat . Berdoa .
Kalau kita dah berusaha , kita bedoa dan bertawakal sahaja kepada Allah .
Dan bila kita terima keputusan , kita terima je lah seadanya .
Sebab kita dah berusaha .

Kakak cakap ,
'akak dah belikan buku untuk Rai . Jangan plak hampakan akak
STUDY SMART NOT STUDY HARD (:'

 Fuhh ! Aku tak tahu nak cakap apa .

Masa aku turun kelas , ayah nasihat kat aku (:
Dia cakap ,
'kakak awak boleh dapat 9A dalam PMR .
Macam mana adik boleh turun kelas ? Cuba cakap dengan ayah .
Ingat Rai , awak tu tak de adik .
Adik sepatutnya lagi pandai dari kakak dengan abang .
Kakak dengan abang dah lepas dah PMR dan SPM .
Sekarang nie hanya tinggal adik . Adik kene dapat 8A .
Adik kena buktikan dekat mak dan ayah yang adik boleh berjaya .
Kalau adik tak dapat 8A, adik  rugi besar !
Belajar nie bukannya susah sangat pon .
Belajar ni tak susah . Takde sapa nak kacau adik .
Adik sekarang nie nak belajar semua ada . Semua yang adik nak , adik dapat . 
Tak macam dulu . Susah .

Adik minat apa ?
Kalau adik nak amik Akaun , adik boleh jadi akauntan . Orang keje bank ke .
Kalau adik tak tahu , baik adik amik Sains . Macam akak . 
Adik boleh jadi doktor . Kakak amik Sains , abang amik akaun .
Adik boleh belajar dari diorang .
Kakak tu ada kat rumah, tanya la dia apa-apa yang adik tak tahu .
Adik yang menentukan masa depan adik ,
dan hanya adik sorang sahaja yang dapat mengubah masa depan adik .
Takde orang lain yang dapat ubah masa depan adik melainkan adik yang mengubahnya :)

Terkedu aku mendengarnya .
Dulu kakak ada cakap
'belajarlah rajin-rajin . Mana tahu awak boleh belajar sampai luar negara .
Dalam keluarga kita nie takde lagi pon orang yang belajar kat luar negara .
Kalau awak boleh belajar sampai kat luar negara, ianya satu pencapaian yang amat bagus .
Awak boleh pecah rekod keluarga kita :D
Mesti mak dengan ayah bangga dengan awak . Akak belajar sampai U dan dah dapat ijazah .
Kalau kakak boleh buat takkan awak tak boleh buat ?'

Dan tak lupa kepada beberapa hamba Allah yang mengatakan aku nie BO*** .
Aku tahu aku nie tak lah pandai sangat . Tapi aku rasa ada orang lagi BO*** dari aku .
Aku bukanlah pandai sangat . Kalau kita ingat kita nie pandai,
 ada orang yang lagi pandai dari kita .
So , kalau boleh janganlah cakap dekat orang macam tu . Tak baik tau ! :D
Dan kepada orang yang pernah cakap aku nie B0*** ,
thanks sayang :) Sebab aku rasa tercabar sangat :)
Dan kau buatkan aku bersemangat nak belajar :)) Appraciate you a lot .

Lagi satu, kalau korang ada call or mesej tapi aku tak balas or tak angkat call tu sorry lah ye .
Itu maknanya aku busy . Jangan risau aku akan call balik or reply mesej .
Tapi lambat lah ye ;)

Sekarang pasal kakak aku .
Aku suka kakak aku . Dia baik .
Bagi aku dialah kakak, dialah idola , dialah kawan , dan dialah lawan aku :) 
Kakak cakap yang penting
awak berusaha , berdoa dan bertawakal kepada Allah :)
HARD WORK PAYS
and
STRIVE TOWARDS SUCCESS :)




Terima kasih kerana sudi baca post ini :)

No comments: