Tuesday 8 November 2011

RAGUT !



Jam 7.15 pagi...

Aku hendak menuju ke bilik air untuk memberus gigi dan mencuci muka . Sewaktu berjalan, ku ternampak jiran ku perempuan cina sedang bersiap-siap untuk pergi kerja . Kelihatan pintu keretanya terbuka di luar pagar rumah .

Lalu ku meneruskan langkah ke bilik air . Sedang aku memcicit ubat gigi, kedengaran suara perempuan menjerit . WOI ! WOI ! WOI ! Banyak kali .
Aku yang sedang berniat mahu memberus gigi, terbantut . Dalam hatiku ini berkata 'nie mesti perempuan cina tadi kena ragut'.
 Lalu ku segera keluar dari bilik air . Dan aku telah melihat suatu kejadian ragut di depan mata aku sendiri buat pertama kalinya . Dan apa yang aku cakapkan tadi memang benar .
 Aku menyaksikan kejadian itu dari tingkap atas rumahku .
 Kelihatan dua motor dan empat orang lelaki sedang meragut wanita tersebut .
 Namun begitu, aku hanya mampu melihat kejadian tersebut tanpa berbuat apa-apa .
 Dan mereka sempat melarikan diri . Aku terdengar suara emak yang juga sedang memanaskan enjin kereta untuk pergi kerja berkata ' kena ragut ' .
Dan aku rasa ada tiga orang yang menyaksikan kejadian tersebut .
Iaitu, aku, mak aku, kakak aku, dan jiran selang sebuah rumah dari rumah jiranku yang kena ragut itu . Rasanya kami hanya melihat dan tergamam . Tidak sempat untuk telefon polis .
 Kerana kejadian itu berlaku dengan sekelip mata . Aku rasa ibuku juga hanya melihat walaupun...

Aku terus terdiam selepas itu . Dan aku berasa sungguh bersalah kerana tidak dapat melihat nombor plat motor tersebut .
 Dan aku sering memikirkan kejadian itu sehingga sekarang .
 Aku juga berasa takut kerana di kawasan rumahku ini telah banyak kejadian yang tidak diingini berlaku . Tetapi melalui kejadian tadi, aku mendapat banyak pengajaran . Iaitu :

1. Jangan memakai handbag . Siapa rasa dia hendak melawa, boleh pakai :)
2. Jangan letak barang yang berharga di dalam handbag . Kerana peragut sentiasa memerhatikan handbag kita :) Setakat nak letak tisu ke, buku ke, make up ke boleh la . Asalkan jangan barang yang berharga .
3. Jangan membuka pintu kereta ketika di luar pagar rumah .
4. Hendaklah sentiasa mengunci pintu rumah jika tidak ke mana-mana .
5. Jangan selalu duduk di luar rumah sorang-sorang .
6. Jangan keluar sesuka hati . Kalu ye pon, minta izin dengan ibu bapa dahulu  :)

Itu sahaja . Tata :) Take care :))




Terima kasih kerana sudi baca post ini :)

No comments: